RISDA VENTURES SDN BHD
RISDA Ventures Sdn Bhd (RVSB) merupakan entiti strategik di bawah Kumpulan RISDA Holdings (KRH) yang ditubuhkan untuk memacu pertumbuhan ekonomi luar bandar menerusi industri tenaga, pemodenan sektor pertanian, keterjaminan makanan dan industri hiliran. Syarikat ini telah ditubuhkan menggunakan syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Kilang Sawit RISDA Sdn Bhd (KKSR) dan RISDA Baja Sdn Bhd (RBSB). Kini, RVSB memberi tumpuan kepada empat teras perniagaan baharu yang selaras dengan keperluan industri semasa dan pembangunan mampan negara.
Produk dan Perkhidmatan :
- Tenaga Konvensional & Diperbaharui
-
-
- Pembangunan stesen minyak di tanah milik RISDA
- Pemilikan stesen minyak yang telah siap dibina
- Pelaburan dalam tenaga solar dan biogas
- Bekalan diesel untuk keperluan industri dan ladang
- Eksplorasi perlombongan secara mampan
-
- Input Pertanian
-
-
- Pembekalan racun makhluk perosak, bahan mentah, dan beg baja OEM
- Penerapan mekanisasi pertanian untuk meningkatkan kecekapan ladang
-
- Keterjaminan Makanan (Smart Farming)
-
-
- Sistem fertigasi berasaskan IoT untuk tanaman bernilai tinggi
- Sokongan kepada ekosistem pertanian pintar dan mampan
-
- Industri Hiliran Berasaskan Getah
-
- Penubuhan Kilang Tayar Nasional
- Pembangunan kilang pemprosesan getah untuk memperkukuh nilai rantaian industri getah